Assalamualaikum hai semua terima kasih sebab sudi datang ke blog saya. apa pun kalau ada apa-apa shout je okay terima kasih

Saturday, 9 November 2013

DIA


    CINTA PLATONIK ??? Apakah ?? Pada mulanya dulu aku tidak memahami apa itu Cinta Platonik .. Tetapi setelah aku mengenali DIA . aku mula mengenali dan memahami apa makna Cinta Platonik itu . Pada mulanya , ia kedengaran aneh dan asing bagi aku .. Tapi lama kelamaan ... aku mula merasai keindahan dan kemanisannya . 

Aku sedar. diri aku tidaklah secantik mana. Tidaklah seindah bidadari syurga . Apakah yang istimewanya diri aku ini sehingga DIA menyayangi aku sebegini dalam nya. Acap kali aku ajukan soalan itu kepada DIA . Jawab DIA, " Suara awak . Hati awak . " Itulah sebab DIA jatuh cinta pada aku . DIA tidak seperti lelaki lain . Entah kenapa  , DIA membuat hati aku menyayangi kelurganya seperti keluarga aku sendiri . Ibu. Abah. Adik Eykal. Ini adalah keluarga DIA yang kini menjadi sebahagan di dalam hidup aku juga .

Kebahagiaan yang kami kecapi bersama hari ini tidak datang begitu sahaja. Setiap kebahagiaan yang dikecapi sekarang diperoleh dengan iringan air mata . Rasa sedih . Rasa kecewa . Namun, kami masih lagi bersama sekarang. Walaupun halangan menimpa kami satu demi satu . Entah kenapa, setiap kali halangan datang menimpa kami, aku merasakan bahawa, kami menjadi lebih kuat.

DIA lah Sahabat. DIA lah Kekasih. DIA lah Abang. DIA lah Kekuatan. DIA lah segalanya yang aku perlu selepas Allah. Rasulullah. Keluarga. Kawan-kawan aku. Manusia hanya berkuasa untuk merancang,namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menentuknnya. Kami sering merancang masa depan kami bersama. Menyimpan cita-cita untuk hidup bersama. Membina impian punyai keluarga yang bahagia bersama. Namun,kami sendiri tidak pasti tentang masa depan kami. Adakah Kami ditakdirkan bersama ? Adakah waktu masih ada bagi aku untuk merasakan semua ini ?

" InsyaAllah,kalau ada jodoh dan kita ditakdirkan untuk bersama,kita akan bersama " kata DIA. Kata-kata nya inilah yang membuat aku menghargai hubungan persahabatan ini. Ya,PERSAHABATAN. Kami hanya mampu untuk menjadi SAHABAT. Kerana masing-masing takut akan menyakiti hati sama lain kelak. DIA sering berkata kepada aku, hati aku ini terlalu penting buat DIA. DIA tidak sanggup untuk menyakiti hati aku ini. Sebab itulah DIA mengambil keputusan untuk menjadi SAHABAT aku. Supaya DIA dapat mengenali aku lebih lagi.

Dear DIA,

    Terima Kasih kerana telah hadir di dalam hidup saya . dan memberikan sejuta kenangan pahit dan manis dalam hidup ini. Kehadiran awak membawa seribu erti. Menyembuhkan luka di hati dek kisah lalu saya. Saya tidak lah sesempurna mana,tapi saya akan mencuba menjadi yang terbaik. Sebagai SAHABAT, TEMAN dan PASANGAN. Saya juga tidak pandai untuk menuturkan bicara yang manis untuk awak, tapi saya harap senyuman saya yang awak kata manis, dapat menghiburkan hati awak di kala kesedihaan. Saya tak tahu, adakah awak untuk saya. Tapi saya harap, saya berdoa semoga kita bersama. Bak kata awak, Saya pegang hati awak,awak pegang hati saya .. Kita KUNCI sesama hati kita untuk orang lain. Biar waktu menentukan segalanya. 

Saya SAYANG awak. Saya CINTAKAN awak. Sebagai SAHABAT, ABANG, KEKASIH saya. Awak kekuatan saya. Semoga apa yang kita angankan bersama,akan menjadi kenyataan. AMIN. Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan rasa di hati ini. Selain dari SYUKUR,ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih Allah kerana Engkau telah mempertemukan kami. Terima Kasih Norfatin Azwar kerana telah memperkenalkan akak kepada DIA. Akak takkan pernah rasa kasih sayang macam ni kalau akak tak kenal DIA. Terima Kasih sangat ....... Terima Kasih Ya Allah atas pertemuan ini. Syukur,Alhamdulillah.